Quantcast
Channel: LENSAPUJANGGA.COM
Viewing all 149 articles
Browse latest View live

Destinasi Percutian : BOH Tea Center Sungei Palas

$
0
0
Entri ini adalah kesinambungan yang lepas. Selepas melawat Taman Agroteknologi, kami berkesempatan pergi ke BOH Tea Palas Centre. Disinilah tempat yang tercantik, di hiasi daun-daun teh sambil menghirup udara dingin. Sebenarnya pergi ke kawasan tempat tinggi ini, memberi satu ketenangan jiwa bagi yang suka merehatkan diri setelah penat bekerja.
 Permandangan hijau ladang teh
 Berjalan kaki menuju destinasi

 Macam mahu terbang jer

 Permandangan destinasi dari bawah

 Peace Yoo

 Macam dalam cerita Titanic jer

 Saya dah sampai puncak, ayah
Bergambar kenangan sebelum masuk ke dalam

Rasanya makan di sini agak mahal, mungkin kerana status tempat peranginan. Jadi bagi yang ingin berjimat, tak salah membawa makanan sendiri tapi jangan pula macam berkelah. Aku terlihat ada satu keluarga ini, hanya membeli air dan membawa makanan sendiri.

Selepas menikmati panorama, kami sekeluarga ingin pulang. Menapak dari atas sampai ke bawah rasanya terlalu jauh, jadi aku mengambil kenderaan di bawah dan ambil mereka di atas. Rasanya entri ini adalah penamat bagi destinasi percutian bagi kali ini.

Video Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu Ke-7 (27 Disember 2013)

Ladap VLE Frog

$
0
0
Pagi-pagi lagi dah bersiap untuk ke sekolah kerana menghadiri taklimat VLE Frog. Selepas sarapan, terus buka laptop. Masuk ID dan password tetapi tidak boleh masuk. Apabila diutarakan, Id masih di sekolah lama. Jadi, "sambil menyelam minum air". Sekarang pun, penceramah memberi taklimat tapi aku tidak dapat ikut kerana tiada password.

Sekadar gambar hiasan... tiada kaitan dengan LADAP

Maulidur Rasul SAMDORANI 2014

$
0
0
Pada hari Jumaat yang lepas, SAM Sungai Haji Dorani telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Majlis telah berlangsung bermula dengan perarakan firqah dan disusuli dengan ceramah oleh Ustaz Abdul Halim.

Para pelajar berbaris

Barisan guru-guru lelaki

Barisan guru firqah

Puan Pengetua & PK HEM

Barisan guru-guru perempuan

 Barisan pentadbir

 Firqah Amru Al-As

 Pelajar-pelajar lelaki

 Pelajar-pelajar perempuan

 Sunnah Nabi Amalan Kami


 Berarak bersama-sama
 
 Pengacara Majlis

 Penceramah Maulidur Rasul

 Tersenyum





 Pemenang Maulidur Rasul

Diharapkan semoga dengan majlis tersebut, dapat menghadirkan kencintaan kepada Rasulullah S.A.W.

Live Streaming Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 13 Akhir

$
0
0
Pada malam ini (7 Februari 2014) merupakan pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2013. Persembahan akhir MLM 2013 ini akan berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam dan akan bersiaran secara langsung di Astro Warna dan Astro Mustika. 


Bagi anda yang tidak dapat menonton secara langsung di Stadium Melawati Shah Alam mahupun di kaca televisyen, di sini dikongsikan siaran secara langsung atau live streaming Maharaja Lawak Mega 2013 minggu 13 akhir.

Live Streaming Maharaja Lawak Mega 2013

Destinasi Percutian : Aquaria KLCC

$
0
0
Baru-baru ini, kami sekeluarga ke Aquaria KLCC. Perjalanan dari Sungai Besar memakan masa 2 jam, campur dengan traffic jammed di Kuala Lumpur. Sesampai di sana, kami parking di tempat yang jauh dari Aquaria KLCC memandangkan tidak tahu lokasi sebenar tempat tersebut. Rasa penat juga berjalan tetapi kerana anak sulung yang ingin melihat ikan yang besar-besar, maka diturutkan jua. 

 
Umpama berada di tepi pantai

  Sedapnya

Ular Albino

Ikan yang menyorok

 Labah-labah Tarantula

Ikan yang berkumpul di dalam satu aquarium

Warna yang menyerlah

LionFish yang mengembangkan insangnya

 Bebas berenang

 Merenung nasib yang tidak pasti

 Ikan Pari yang mengembangkan sayapnya

Indahnya Ciptaan Tuhan

Gambar kami sekeluarga yang tengah di edit

Syarikat yang menguruskan souvenir 

Kebanyakan gambar-gambar yang diambil di dalam Aquaria tidak menepati citarasa untuk diletakkan di dalam blog. Bagi yang bekeluarga, anda boleh mengambil gambar bersama ikan jerung yang dikendalikan oleh jurugambar profesional.

Destinasi Percutian : Sabah Part 1 : Muzium Marin Labuan

$
0
0
Cuti penggal yang lepas, kami sekeluarga berkunjung ke negeri Sabah. Destinasi pertama yang dituju adalah pulau bebas cukai iaitu Wilayah Persekutuan Labuan. Di Labuan, ada beberapa destinasi yang menarik untuk dilawati seperti Perkuburan tentera Perang Dunia Kedua, Muzium Marin, Muzium Negeri Labuan dan pelbagai lagi. Destinasi kali ini menceritakan tentang Muzium Marin Labuan.

Bahagian hadapan

Aquarium

Udang Galah

 Menakutkan....hehe

Tak payah letak watermark...hehe
Muzium Marin Labuan adalah satu destinasi yang perlu di ambil berat oleh kerajaan Sabah. Apa yang aku tengok, terdapat banyak kiosk yang terbiar lama dan tidak terjaga. Rasanya mungkin mereka dapat melakukan perubahan menjadikan tempat tersebut sebagai destinasi yang menarik untuk dikunjungi...
Entri ke Sabah akan bersambung lagi...

Destinasi Percutian : Sabah Part 2 : Feri Labuan - Kota Kinabalu

$
0
0
Bagi yang tidak pernah menaiki feri, sediakan segala kelengkapan untuk diri sendiri seperti pil mabuk, gula-gula dan sebagainya. Rasanya perkhidmatan feri ini paling jauh aku naik iaitu selama 3 jam, kurang 30 minit menaiki feri dari Tanjung Gemok - Tioman.

Layar tv perjalanan semasa

Diskaun 50 peratus

Diskaun 50 peratus diberikan kepada warganegara Malaysia dengan syarat mengemukakan kad pengenalan biru atau sijil lahir. Harganya selepas diskaun berharga RM17 sahaja.

 Feri yang akan dinaiki

Suasana dalam feri

 Yang penting ada 'pramugara', hehe


Kemahiran Amal Islami Zon 1 2014

$
0
0
Pada 5 April 2014 yang lepas, telah berlangsung Kemahiran Amal Islami Zon 1 yang bertempat di SAM Muhammadiah Pekan Sabak. Tahun ini aku mengambil gambar untuk SAM Sungai Haji Dorani untuk dimuatkan di dalam album sekolah. Pelajar-pelajar telah berkumpul seawal pukul 7.00 pagi untuk menaiki bas dan kereta guru-guru.

 Pelajar-pelajar berkumpul

Penyelaras KAMIL 

Juri Hafazan Menengah Rendah

 Para peserta Hafazan Menengah Rendah

 Juri Hafazan Menengah Atas

Menunggu giliran

 Juri Tilawah Menengah Atas

Juri Syarahan Bahasa Melayu

 Peserta Debat Bahasa Melayu

 Sempat lagi snap gambar

 Peserta Tilawah Menengah Atas

 Guru Pembimbing Tilawah

 Peserta Hafazan Menengah Atas

 Peserta Hafazan Menengah Rendah

 Soalan dari juri

 Peserta tengah mengutarakan hujah

 Peserta Debat Bahasa Inggeris

 Pencadang dari SAMMPS

 Persembahan menarik dari Musamarah SAMTAJ

 Guru Pembimbing Musamarah

 Pengacara Majlis

 Peserta Musamarah

 Juri Musamarah Lelaki

 Peserta Debat Bahasa Arab

 Penjaga masa & Speaker

 Peserta SAMDOR mengutarakan hujahnya

 Berbincang strategi

Membalas hujah dengan bertenaga

Ini antara gambar-gambar menarik yang diambil semasa kejohanan berlangsung. Cuma gambar peserta tuan rumah sangat kurang kerana sudah menabur bakti di sekolah lain.

Destinasi Percutian : Sabah Part 3 : Rumah Terbalik Tamparuli

$
0
0
Entri ke Sabah bersambung lagi setelah memberi laluan kepada KAMIL ( Kemahiran Amal Islami ) Zon 1 2014. Kali ini kami ke sebuah tempat yang menarik di Sabah iaitu Rumah Terbalik Tamparuli. Buat pengetahuan semua, rumah terbalik Tamparuli ini adalah yang ke 5 dibina di dunia. Uniknya, sebuah rumah itu dibina terbalik dan tidak terjatuh kerana kekukuhan binaannya. Rumah ini adalah milik individu dan diwartarkan sebagai kawasan larangan untuk bergambar di dalamnya.

Kaunter tiket

Menunggu giliran untuk masuk

Tiket masuk

 Dah tak sabar untuk masuk

 Sejarah Rumah Terbalik

Kawasan larangan parking

Pandangan Rumah Terbalik dari bahagian tepi

 Bergambar di kereta terbalik

Peringatan bagi yang terlupa

 Penerangan mengenai Rumah Terbalik

 Memukul gong sebelum masuk

 Tandas terbalik

Pemandangan berlatarkan Rumah Terbalik

 Barangan yang dijual

 Jangan bimbang jika tiada internet

 Ada rezeki kami datang lagi

Perjalanan kami diteruskan lagi. Nantikan entri seterusnya yang memaparkan keindahan Negeri Sabah Di Bawah Bayu.


Kejohanan Bola Tampar MSSD 2014

$
0
0
Kejohanan bola tampar MSSD Sabak Bernam telah diadakan di SMK Seri Bedena dari 14-17 hb April yang lalu. Beberapa sekolah telah menghantar kontinjen mereka dan ramai yang maklum bahawa sukan ini dikuasai oleh kaum Cina.
SAM Sungai Haji Dorani telah menghantar 2 pasukan iaitu lelaki dan perempuan bawah 15 tahun. Pasukan perempuan kalah di peringkat kumpulan manakala pasukan lelaki telah menjadi johan bola tampar bawah 15 tahun. Yang lebih menggembirakan, pasukan bola tampar ini telah menjadi johan buat kali kedua berturut-turut. Terima kasih kepada semua jurulatih iaitu Cikgu Rafie, Cikgu Amzari dan Cikgu Dayang Sofia yang telah melatih pasukan ini berjaya menjadi johan.

Jurulatih memandang anak buahnya

Melompat untuk melakukan rejaman

Jurulatih merancang strategi

Mendengar dengan teliti arahan jurulatih

 Rejaman yang menghadiahkan mata

KAMILAH JUARA...SAMDOR..SAMDOR

Semoga tahun hadapan dapat membuahkan kejayaan yang gemilang lagi buat pasukan bola tampar SAM Sungai Haji Dorani. Tahniah kepada semua pemain dan penyokong pasukan yang tidak jemu memberikan sokongan....

Rangkuman Kejohanan Bola Sepak MSSD Sabak Bernam 2014

$
0
0
Semasa bertugas sebagai ahli jawatankuasa pelaksana, aku dapat mengambil beberapa gambar untuk kejohanan kali ini. Tidak seperti tahun-tahun lepas, mengambil gambar sukan menjadi kemestian jika membawa pelajar memasuki sesuatu kejohanan. Mungkin peringkat usia ditambah dengan faktor cuaca yang panas membantutkan hasratku untuk mengambil gambar kali ini.

 Melancarkan serangan

 Memperdaya lawan

 Merancan strategi sebelum masuk padang

 Merawat pemain yang cedera

Cubaan menggelecek pemain lawan

 Membawa bola

 Hantaran yang baik

 Cubaan menjaringkan gol

 Bertembung

 Mengangkat tangan selepas menjaringkan gol

Percubaan yang dinafikan oleh penjaga gol

Bulan April terlalu banyak kejohanan yang berlangsung. Ini kerana jangkaan bulan Ramadhan yang jatuh pada penghujung bulan 6, maka banyak kejohanan yang berbentuk akademik dan kokurikulum diawalkan daripada biasa. Apa-apapun, majulah sukan untuk negara. Syabas dan tahniah kepada yang berjaya.

Part 1 : Hari Graduasi & Kecemerlangan Pelajar SAMDORANI 2013

$
0
0
Tanggal 26 April yang lalu, Hari Graduasi & Kecemerlangan Pelajar SAM Sungai Haji Dorani telah diadakan. Dato' Noriah Binti Kasnon, Timbalan Menteri Perladangan & Komoditi merangkap Ahli Parlimen Sungai Besar telah datang untuk merasmikan majlis yang gilang-gemilang ini. Ini antara gambar-gambar yang sempat diambil semasa majlis berlangsung dengan jayanya.

Kawad Kehormat

Menunggu ketibaan

Berbaris sambil tersenyum

Bergambar dulu sebelum perbarisan sebenar

Ahli pasukan kompang

Dato' Noriah & YDP PIBG

Peace

 Berbual

 Memeriksa kawad

Dato' Noriah & Tuan Haji Mokhtar Manijo

Ketua Platun

Berpeluh 

Memeriksa Kawad

 Tegak berdiri

 Ketua Platun melaporkan kepada perasmi

Diarak ke dewan

 Penyarung jubah

 Membetulkan jubah

 Membetulkan topi

 Pengarah PPD Sabak Bernam

Guru lelaki

 Berarak masuk ke dewan

 Menulis sesuatu untuk ucapan

 Ucapan YDP PIBG

 Cikgu Rafie, Ustaz Azizan & Cikgu Nizam

 Para bapa & guru

 Pengetua SAM Sungai Haji Dorani

 Para graduan

Ucapan perasmi

Persembahan Musamarah

Gambar-gambar semasa majlis berlangsung di dalam dewan akan dimasukkan kemudian kerana  dalam proses kemaskini. Harap bersabar jika ada kekurangan dari pihak yang mengambil gambar.

Part 2 : Hari Graduasi & Kecemerlangan SAMDORANI 2013

$
0
0
Ini adalah sambungan daripada part 1 : Hari Gradusi & Kecemerlangan SAMDORANI 2013. Pelbagai gelagat dapat disaksikan ketika majlis berlangsung.

Banner

VVIP

Ustaz Ngisa & tetamu

Pandangan dari depan

Juru acara majlis

Dokumentasi

Ustaz Abdul Halim membaca doa

Menghayati bacaan

Hadiah untuk para pelajar

Di sebalik tabir

Cikgu Norsiah

 Sir Amiruddin

Cikgu Hasnah

 Cikgu Afif

 Cikgu Rozi

 Cikgu Najihah

Ustaz Abdul Rahman

Ustaz Anuar

 Ustaz Khairuddin

 Ustaz Ghazali

 Cikgu Zainal

Cikgu Muzeta

 Cikgu Rokiah

 Cikgu Hamadatinor

 Cikgu Effizai

 Ustazah Kartini

 Ustazah Adibah

 Ustaz Abdul Halim

 Terbaik Sukan : Cikgu Rafie

 Terbaik Kelab & Persatuan : Ustaz Nazrol

Terbaik Unit Beruniform : Cikgu Muzeta

 Pelajar Cemerlang Lelaki

Pelajar Cemerlang Perempuan

 Graduan Perempuan

Graduan lelaki bergambar bersama para guru

Tamatlah bahagian untuk majlis graduasi SAM Sungai Haji Dorani. Tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah. Yang tidak menerima anugerah, jangan kecewa. Tingkatkan usaha untuk memajukan SAM Sungai Haji Dorani. Hanya Allah yang dapat membalasnya dalam mendidik para pelajar menjadi orang yang berguna.


Destinasi Percutian : Sabah Part 4 : Macro di Banjaran Crocker

$
0
0
Hari ini aku nak kongsikan 2 keping gambar yang diambil secara macro. Macro ini adalah salah satu genre fotografi yang amat diminati oleh sesetengah fotograper. Gambar-gambar ini diambil menggunakan Nikon D7000 dengan lens 18-300 mm. Anda boleh komen gambar-gambar ini untuk penambahbaikan masa depan.



Secara teorinya, kedua-dua gambar ini telah diedit sedikit tapi tidak menjejaskan kualitinya. Jika ada kesempatan lagi, aku ingin mengambil gambar air terjun, sungai ataupun burung.

Candid & Video Hari Guru SAMDORANI 2014

$
0
0
Tanggal 16 Mei adalah hari yang sangat-sangat ditunggu oleh para pendidik. Di hari inilah, para guru akan menerima penghargaan atas segala jerit perih mendidik pelajar sehingga berjaya. SAM Sungai Haji Dorani tidak ketinggalan menyambutnya bersama-sama para guru. Ini adalah sedikit gambaran yang terjadi pada hari guru tersebut.

 Guru-guru lelaki

 Ustaz Munawir
 Pengacara majlis

 Ucapan Ketua Pengawas

 Ucapan Pengetua SAM Sungai Haji Dorani

 Selfie dulu

 Lakonan oleh pelajar

 Tersenyum

 Ucapan YB Budiman

 Dipersilakan guru-guru

 Anugerah kepada guru

 Ustaz Fadli

 Cikgu Norhisam

 Para guru bersama YB Budiman

 Bersama AJK Pelaksana Hari Guru 2014

Bersama bekas pelajar

Gaya bebas

Anugerah dari pelajar untuk guru-guru

Bersempena dengan hari guru, pelajar-pelajar tingkatan 5 telah menghasilkan filem pendek. Tahniah diucapkan kepada Zaim dan para pelajar yang dapat menghasilkan video, dengan sound effect terbaik. Diharapkan semoga pelajar-pelajar yang menghasilkan video ini dapat berjaya di bidang pengarahan satu hari nanti. Kita saksikan....





Apabila Peraturan Jadi Caca Merba

$
0
0
Entri ini adalah berkenaan Futsal PPD Sabak Bernam malam tadi. Pasukan SAMDOR yang rata-ratanya adalah guru-guru dan kakitangan juga menghantar pasukan. Mungkin dalam hemat aku, aku bermain atas semangat kesukanan. Perlawanan pertama, pasukan aku seri dengan SK Parit ** dengan keputusan 0-0. Perlawanan kedua menang dengan keputusan 1-0 menentang SB**. Perlawanan ketiga tidak dapat dijalankan kerana pasukan yang akan ditentang balik awal.

Ini adalah peraturan futsal yang didapati dari laman web.

Jika dikutkan, pasukan ini layak kerana mendapat 3-0 jaringan dan 3 mata penuh. Peraturan ini juga merujuk jika jaringannya sama, maka jaringan semasa akan dikira. Protes di luar padang mengenai ketidakadilan dan ada salah seorang pegawai yang mengatakan bahawa kami menang dengan jaringan 1-0. Maka pasukan ini diherdik kerana tidak tahu peraturan futsal.

Walaupun mata yang diperolehi sama dengan SK Parit **, tetapi jika dikutkan jaringan semasa, kami menang. Protes di luar padang pun tidak berguna kerana semuanya menyokong mereka. Terbaru pula aku mendapat whatsapp yang berbunyi...

 Takkan nak bawa ke jawatankuasa FAM?? Ini adalah futsal peringkat daerah. Aku rasa puas setelah dapat meluahkan ketidakpuasan hati melalui blog. Bukan hendak memburukkan sesiapa tetapi biarlah bermain ikut peraturan.

Aku menjadi keeper

Bahan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2014 Bagi Subjek Sejarah Dan Geografi

Hari Koperasi Sekolah & Kejohanan Olahraga SAM Sungai Haji Dorani 2014

$
0
0
Pada hari Khamis 19 Jun yang lepas, SAM Sungai Haji Dorani telah mengadakan Kejohanan Olahraga Sekolah. Pada hari yang sama pula, telah diadakan juga Hari Koperasi Sekolah untuk menggalakkan budaya perniagaan di kalangan guru dan para pelajar. Ini antara gambar-gambar yang sempat diambil ketika kejohanan berlangsung. Bagi acara perempuan, ia telah dijalankan sehari sebelum kejohanan berlangsung.

 Memeriksa papan markah

 Melihat jauh

 Tersenyum

 Suasana di bawah payung

 Mencatat mata 

 Menuju garisan penamat

 Bersaing

Panasnya petang ni...

Pada pagi Khamis 19 Jun, acara dimulakan dengan perasmian Hari Koperasi Sekolah dan disusuli dengan acara lelaki Kejohanan Olahraga SAM Sungai Haji Dorani. Cuma terkilan sedikit kerana tidak dapat mengambil gambar para pelajar sedang bermain petanque.

 Khusyuk

 Setiausaha Hari Koperasi Sekolah

 Barisan Pentadbir

 Pelajar-pelajar Tingkatan 1

 Pengerusi Majlis

 Ucapan Pengetua

 Cikgu Mukminah

 Menanti

Pen & Rama-rama

 Bagi peserta-peserta, diharapkan bersedia

 Menunggu dengan penuh sabar

 Apa yang digelakkan itu?

 Orang penting Olahraga

 Penyokong tegar Liverpool

 Acara melukis

 Mari kita ambil gula-gula

 begini cara nak masukkan

Apa yang difikirkan itu?

 Peace yoo

 Menuju garisan

 Melompat lebih tinggi

 Siapa yang lebih pantas?

 Ustaz Abdul Rahman

 Bergaya nampaknya

 Siapa lebih laju?

 Berjuang

 Camerawoman

 Termenung

 Tarik....Tarik.....

 Menahan asakan lawan

 Pengadil tarik tali

 Penjual kuih-muih

 Tahniah diucapkan

 Barisan guru-guru lelaki

 Pengerusi majlis

 Penyampai anugerah

 Tahniah!!

 Setiausaha Sukan memberi ucapan

 Banner

 Pengetua mengalungkan pingat kepada pelajar

 Olahragawati SAMDOR 2014

 Olahragawan SAMDOR 2014

Juara Firqah

Tahniah kepada yang berjaya. Yang tidak berjaya boleh cuba lagi di masa depan. Majulah Sukan untuk SAMDOR...










Sekitar Majlis Iftar Bersama Blogger 2014

$
0
0
Pada 19 Julai (Sabtu ) telah berlangsung Iftar Bersama Blogger yang bertempat di Saloma Theatre Restaurant. Aku sebenarnya memenuhi jemputan yang diberikan kepada pihak isteri daripada pihak penganjur iaitu Denaihati Networks dan Al-Ansar Health. Rasanya ini adalah event ketiga yang telah disertai bersama Denaihati selepas Sepetang Bersama Blogger 2013 & Buat Duit Dengan Blog 2013 yang dianjurkan di Hotel Singgahsana Petaling Jaya. Tidak banyak gambar yang diambil kerena kedudukan tempat duduk dan pentas jauh, jadi hanya menggunakan zoom untuk merakamkan kejadian semalam.

 Banner

 Saudara Broframestone & khirkhalid

Pendaftaran

 Saudara eizil & anarm

 Penaja utama #IBB2014

 Peneraju utama Al-Ansar

 Pengacara Muaz

 Ucapan Pengasas Denaihati Networks

 Warga emas yang diraikan

 Saudara Hazman Fadzil

 Ucapan Pengasas Al-Ansar

 Penganjur bersama : Denaihati Networks & Al-Ansar

 Gimik helikopter

 MOU antara Denaihati Networks & Al-Ansar

 Termetrai perjanjian

 Penyampaian plak

 Tazkirah Ramadhan

 Kumpulan Damai

 Zoom jauh sahaja

 Berduet

Penuh Penghayatan

Mungkin kerana perjalanan yang agak jauh untuk balik, aku mengambil keputusan untuk balik awal. Ditambah juga dengan kesesakan melampau Kuala Lumpur di malam minggu kerana shopping barangan untuk raya. Terima kasih kepada Denaihati kerana sudi menjemput walaupun mewakili isteri...

 Aku bersama Saudara Hilal Azmi

Bersama Tuan Amir Denaihati




Viewing all 149 articles
Browse latest View live