Quantcast
Channel: LENSAPUJANGGA.COM
Viewing all 149 articles
Browse latest View live

Finale MSSD Bolasepak 2013 : KAMILAH JUARA

$
0
0
Alhamdulillah, SAMMPS telah mengungguli johan bolasepak bawah 18 tahun MSSD Sabak Bernam yang telah diadakan di padang SMK Sungai Besar.Kejayaan ini tidak dapat dikongsi dengan pasukan bawah 15 tahun kerana mereka terkandas di suku akhir.Syabas diucapkan kepada semua pemain, guru-guru dan para penyokong SAMMPS.Kami membuktikan bahawa sekolah agama dapat berdiri sama tinggi dengan sekolah berasrama penuh dan sekolah harian di dalam bidang sukan.

Gadis pengutip bola

Mendengar arahan daripada jurulatih

Masuk ke padang

 Jurulatih bawah 18 tahun

Menjaga kubu lawan

Pengadil yang bertugas

Rehat di separuh masa

Penyokong SAMMPS

Ibnu Kathir

Berkumpul sebelum menerima hadiah

KAMILAH JUARA

Diharapkan semoga SAMMPS cemerlang lagi dalam masa akan datang.



Still Life Photography

$
0
0
Baru-baru ini, aku dapat mempelajari sesuatu yang baru dalam fotografi.Still Life Photography juga dikenali dengan seni gambar yang dapat membuat gambar yang mati menjadi " hidup".Interaksi antara cahaya dan susunan objek dapat menceritakan sesuatu.
Pembelajaran ini telah dilakukan di Kolej Komuniti Sabak Bernam.Walaupun letih seharian bersama DSLR, tapi aku puas kerana dapat mempelajari suatu ilmu yang baru.

Pensyarah & Para pelajar

Air yang berkocak

Gambar yang kedua

 White line

Botol

Pensel & Pengasah

Menjadi seorang photograper mestilah ada ilmu untuk membezakan mereka antara satu sama lain.Tetapi pada masa yang sama, janganlah pula merampas apa yang telah Allah berikan rezeki.Sekarang ni aku dah jarang mengambil gambar-gambar perkahwinan.Aku tidak berkecil hati dengan situasi yang berlaku, itu adalah kehendak-NYA.


Pelancaran Samsung Galaxy 4 ( Video )

$
0
0
Memang rasa teruja apabila dapat memegang sendiri Samsung Galaxy S4 di Berjaya Times Square semalam. Apakah keistimewaannya? Sambutan yang luar biasa berlaku di Berjaya Times Square dan beberapa lokasi lain membuktikan bahawa Samsung Galaxy S4 menjadi antara gadjet kegilaan ramai buat masakini. 

Apa pendapat Awal dan Liyana Jasmay yang turut bersama semasa pelancaran Samsung Galaxy S4. Jom sama-sama kita terjah!!!

Alhamdulillah...Samsung Galaxy S4 kini menjadi milikku.

Catatan: Candid Graduasi 2013

$
0
0
Sudah sebulan berlalu, barulah dapat update graduasi 2013.Gambar-gambar yang banyak memberikan kenangan, bukan sekarang tetapi mungkin 10,20 tahun akan datang.Bagi aku, itu sudah menggembirakan hati walaupun sesetengah orang mengganggap perkara itu sebagai dangkal.Kadangkala, ramai yang tidak mahu mengingati masa silam kerana mungkin memberi satu kenangan pahit.Aku suka berkongsi dan tidak mahu terikut-ikut trend blogger lain.Yang penting kita membina jenama sendiri walaupun tidak sehebat blog isteri.

Bersama-sama aminkan doa

Ibu bapa yang hadir

Ucapan Pengetua SAMMPS

Pengacara Majlis

Kumpulan Nasyid SAMMPS

Pengacara Penyampai Hadiah

Dalam kamera ada gambar

 Anugerah Tokoh SUMUR 2013 ( Lelaki )

Anugerah Tokoh Sumur 2013 ( Perempuan )

Dua sahabat

Faiz bersama ibu bapa

Blogger bersama anak didik STAM 2012

Gambar-gambar yang lain ada di dalam simpanan aku.Kenapa tidak masukkan semua? Minta maaf, gambar-gambar ini adalah hak peribadi.Jika sesiapa hendak gambar-gambar lain, kena mendapat keizinan lisan atau bertulis.Tidak perlu nak copy paste sebab jika aku terlihat di dalam mana-mana blog, aku akan failkan SAMAN...

Candid Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013

$
0
0
Kelmarin telah berlangsungnya Seminar Buat Duit Dengan Blog anjuran DenaiHati.com.  Banyak ilmu yang dapat dimanfaatkan di dalam dunia blogging ini. Aku bersama isteri bertolak dari rumah kakak di Kota Damansara dan perjalanan hanya mengambil masa 20 minit. Mungkin sebelum ini pernah mengikuti Sepetang Bersama Blogger 2013 yang diadakan di hotel yang sama, jadi perjalanan tidaklah tersesat seperti mula-mula datang.Anda boleh baca entri tersebut di sini.

Di dalam seminar itu juga, ada disediakan cabutan bertuah berupa Samsung Galaxy S4,Samsung Galaxy S3 mini, Samsung Corby, Ipad Mini, Pakej Kembara Kemboja, Universal Studios Singapore dan pelbagai lagi. Aku antara yang tidak bertuah tetapi bukan tujuan utama datang semata-mata hendak menang hadiah. Rezeki itu di tangan Allah, jika Allah ingin kita menang, maka rezeki itu berpihak kepada kita. Harap-harap lepas ni blog akan bertambah maju selepas menghadiri seminar tersebut. 

Pengacara majlis, Hilal Azmi

Founder Denaihati Network bersama perasmi

 Bacaan doa oleh Ustaz Noehas

 Ucapan dari Founder Denaihati Network

 Ucapan Perasmian oleh Timbalan Presiden DPIM

 Salah satu syarikat yang menaja seminar

 Takkan serius kot

Pemenang IPad Mini

Persembahan Gwiyomi oleh NisaKay, Zarul Umbrella dan lupa nama

Isteri dan Ustazah Ain

 Zarul dengan penuh penghayatan mengalunkan lagu

 Penerangan saham online oleh Tuan Haji Zainal

Moderator Forum, Abang Ensem

 NisaKay

 Encik Titan

 Penerangan Ebook oleh Encik Shuth

Amanz.my

 Travel Blogger, Rayyan Harris

Kebanyakan gambar yang diambil dari tempat duduk sahaja. Adalah sekeping dua dari perspektif yang berlainan, namun tidak menjejaskan kualiti. Mungkin dari sudut fotografi, kebanyakan gambar yang diambil oleh aku sedikit noise kerana penggunaan ISO tinggi. Maklumlah, flash gedabak tertinggal di rumah kerana tidak mahu memberatkan bahu ketika mengambil gambar.

Akhir kata, haraplah dimaafkan kerana aku blogger tiada nama. Jadi kebarangkalian hendak menegur kurang sedikit tetapi sesungguhnya aku tidak sombong tetapi segan dengan semua.

Candid Hari Guru SAMMPS 2013

$
0
0
Hari ini bermulanya semangat nak berblog setelah terputus begitu lama. Begitu banyak cerita yang terpendam sejak menghadiri Seminar Buat Duit Dengan Blog anjuran Denaihati Networks. Banyak juga tips-tips bagaimana hendak menjana pendapatan melalui blog sudah ada di kepala, jika kita berusaha, maka kita akan mendapat pulangannya. 

Baru-baru ini sebelum sekolah menutup tirainya penggal pertama, sekolahku mengadakan sambutan Hari Guru 2013. Bagiku, sambutan kali ini agak hambar sedikit berkemungkinan para pelajar dan guru tiada cukup masa untuk mempersiapkannya. Selalunya, ada pelbagai anugerah untuk para guru tetapi entahlah, aku tidak tahu apa yang berlaku di sebaliknya.

Ini di antara gambar-gambar yang sempat diambil ketika sambutan Hari Guru baru-baru ini. Di harapkan jika sesiapa yang tiada gambar di dalam ini, harap di maafkan kerana waktu itu fikiranku melayang hilang entah ke mana.

Guru-guru bersama Pengetua

 Cikgu Ilham

Hulubalang menunggu para guru

Beratur sebelum masuk

Termenung jauh

 Ketua Umum memberikan ucapan

Pengacara majlis

Banner

Cameraman

Khusyuk melihat 

 Tak sabar hendak balik kampung

Sempat menjeling

Pengetua & PK Akademik membaca kad ucapan

 Fikiran melayang

Persembahan pelajar

Setakat ini sahaja coretan hari guru buat tatapan semua. Jumpa lagi di lain masa.







Kami Bukan Pelesit Jalanan ( Kelantan )

$
0
0
Permulaan cuti sekolah yang lepas, kami telah mengadakan kembara bermotosikal ke Kelantan. Sepatutnya agendanya adalah untuk menakluk dua negeri iaitu Kelantan dan Terengganu, tetapi hanya satu negeri sahaja yang dapat dilawati kerana sanak saudara daripada seorang ahli meninggal.

Kami bertolak dari Sabak Bernam pada pukul 10.05 malam, menyelusuri jalan Bota Kiri, Perak. Beberapa anggota kembara telah mencium bau 'wangi' apabila melalui kawasan tersebut. Kami singgah sebentar di suatu kedai makan di Bota Kiri untuk menghilangkan rasa mengantuk.

Lebih kurang pukul 12.00 malam, kami bertolak dan menyelusuri Kuala Kangsar dan terus melalui Grik, Perak. Perjalanan yang memakan masa beberapa jam dan melalui kawasan Tasik Banding yang cantik panoramanya.

Berhenti sebentar isi minyak

Rehat sebentar

Kami rehat sebentar di Tasik Banding setelah berjam-jam memulas throtle. Seperti kebiasaan, perjalanan waktu pagi akan menempuh permandangan berkabus. Bagi kereta, boleh mengelap dengan viper tetapi dengan bermotosikal, kita terpaksa membuka cermin hadapan untuk pandangan lebih jelas. Syukurlah, tiada apa-apa yang berlaku ketika perjalanan itu.

Kami sampai ke Jeli, Kelantan lebih kurang pukul 6.00 pagi. Seperti biasa, mencari tempat untuk solat Subuh dan akhirnya singgah di Stesen Minyak Shell, Jeli.Selepas solat, kami mengambil keputusan untuk tidur sebentar menanti pagi.

Suasana pagi di Jeli

Lebih kurang pukul 9.30 pagi, kami bersarapan di suatu warung di Jeli. Pelbagai lauk yang dapat dijamah tetapi tiada gambar pula hendak dikongsikan di sini. Jalan-jalan di Kelantan kebanyakannya dua hala dan akan menjadi kesesakan teruk di waktu puncak.

Di pintu masuk Thailand

 Di antara 2 negara

Sesudah membeli- belah di Rantau Panjang, kami mengambil keputusan untuk ke Kota Bharu. Salah seorang ahli hendak pergi ke rumah Tuan Guru Nik Aziz di Kampung Pulau Melaka, tetapi tidak kesampaian kerana tidak tahu jalan. Kami singgah sebentar di Pantai Cahaya Bulan untuk menikmati keindahan pantai. Hajat di hati hendak bermalam di sana tetapi semuanya full booked, maklumlah cuti sekolah.

Kami meneruskan perjalanan balik melalui Kota Bharu- Kuala Krai. Beberapa tempat melalui kesesakan teruk sepanjang perjalanan tersebut.Maklumlah, aku ni lambat sedikit ketika bermotosikal kerana penumpuan yang lebih berbanding menaiki kereta.

 Menjamu laksa di Kuala Krai, sungguh sedap

Rehat sebentar di Kuala Krai, kami meneruskan perjalanan ke Gua Musang. Di kala ini, jalan tidaklah sesibuk mana dan memecut melepasi Gua Musang sebelum malam. Kami sampai di RNR Gua Musang lebih kurang pukul 7 malam dan melalui Gua Musang- Lojing - Cameron Highlands.

 Bergambar di Gua Musang

Tiba-tiba di Lojing, hujan turun dengan lebatnya dan kami terpaksa redah kerana tiada tempat berteduh dan jalan licin. Kami memperlahankan motosikal dan sampai di simpang Cameron lebih kurang pukul 9.30 malam.

Setibanya di suatu kawasan kemalangan maut di Simpang Pulai, helmetku terasa seperti di senggol oleh ' sesuatu'. Tiba-tiba bulu romaku berdiri dan  terus mengekori rakan secara dekat. Memang kita mesti mempersiapkan diri dengan kekuatan mental dan fizikal apabila menunggang waktu malam. Ramai penunggang memberi cadangan supaya tidak menunggang waktu malam atas faktor keselamatan, tetapi ini adalah cabaran buat kami untuk membuktikan jentera motosikal berkeupayaan setanding jenama lain yang ada dalam pasaran.

Sampai di Petronas Simpang Pulai, Perak

Malam itu, kami mengambil keputusan untuk tidur di Petronas kerana terlalu kepenatan menunggang. Motorsikal berkuasa hanya 250 cc ke atas memang seronok dibawa kerana kestabilannya, tetapi manusia juga memerlukan rehat yang cukup untuk meneruskan perjalanan.

Keesokkannya, kami bersarapan di Tapah dan mandi-manda di Kuala Sungai Woh. Kawasan perkelahan ini memang terkenal dengan kolam air panas dan airnya jernih.

Kehijauan pokok yang mendamaikan

Akhirnya, pukul 12 tengahari, kami meninggalkan Kuala Sungai Woh dan meneruskan perjalanan balik. Dalam perjalanan, ada kemalangan kecil berlaku di Tapah iaitu kereta 'terbang' masuk ke dalam parit. Bagiku, perjalanan kali ini paling mencabar mental dan fizikal dan jangan diikut jika anda tidak suka diselubungi MISTERI.



Buat Duit Dengan AssignJobs

$
0
0
Anda pernah dengar tak tentang buat duit denganAssignJobs? Bagi yang belum tahu, di sini saya ingin kongsikan bagaimana anda boleh buat duit dengan mudah. Apa yang menariknya, bayaran dibuat dalam nilai USD. 

Kerja yang anda perlu lakukan juga cukup mudah. Contohnya anda perlu like, komen dan share gambar di facebook. Cukup $30.00, anda dah boleh cash out duit tersebut dan ia akan dibayar melalui akaun CIMB atau Maybank. Oh! ya, selepas sahaja anda mendaftar, anda akan menerima $2.00 (RM6.00) secara percuma. Menarik, kan?

Untuk join AssignJobs, andaperlu ada :
1. Komputer/Laptop
2. Talian internet
3. Akaun Facebook
4. Photoscape (untuk screen capture bukti kerja yang telah anda lakukan)
5. Akaun imageshack

Cara-cara untuk join AssignJobs

1. Pergi ke laman web AssignJobs (click sini).

2. Click pada perkataan Join for Free.


3. Isikan maklumat anda dan setelah selesai click Sign Up


4. Setelah berjaya mendaftar, anda akan menerima activation e-mail. Click link yang diberikan di dalam e-mail tersebut dan anda sudah boleh memulakan kerja.

Inilah contoh kerja yang telah saya lakukan sepanjang 3 hari ini :


Apa yang anda tunggu lagi. Daripada duduk sahaja mengadap laptop, lebih baik anda join AssignJobs dan boleh dapat duit dengan mudah.

* Sebarang pertanyaan, boleh dinyatakan dalam komen. Terima kasih.

Wordless Wednesday : Autograph yang mahal

$
0
0



> On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.<

Perkahwinan Sepupu Part 1

$
0
0
Cuti sekolah yang lepas, aku sempat menghadiri perkahwinan sepupuku, Wan Nasyitah binti Tun Zainuddin di Kampung Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu. Ada beberapa gambar yang sempat diambil ketika majlis perkahwinan itu berlangsung. Aku tidak mahu mengganggu fotograper yang sedia ada kerana cuma mengambil gambar sebagai kenangan. Gambar-gambar yang diambil cuma menggunakan manual mode, jika ada kesan bintik tu, mungkin kerana menggunakan ISO yang tinggi.

Mak Uteh & anaknya

Muhammad Amar Rizqi

Ketibaan pengantin lelaki

 Pengantin perempuan

 Fotograper mengarahkan sesuatu kepada pengantin

Flower Girl

Kedua mempelai

 Merakamkan kenangan manis

 Makan Beradab

 Bersiap sedia untuk menjamu selera

Senyuman manis pengantin

 Adik bersama suaminya

Acara menyuap pengantin

 Isteri menyuapkan nasi kepada Amir

"Selamat Pengantin Baru"

Barang Hantaran

Tukwan & cucunya

Selamat pengantin baru diucapkan kepada sepupu dan suami. Semoga perkahwinan sampai ke akhir hayat. Maaf jika gambar-gambar sanak saudara yang lain tiada kerana tidak mahu mengambil kerja fotograper yang diupah oleh keluarga pengantin.

Teaser : Ziana Zain di Temasya Sukan Olahraga SAMMPS 2013

$
0
0
Ini antara gambar jarak jauh yang sempat diambil sempena Temasya Sukan Olahraga SAMMPS yang berlangsung pada hari ahad lepas. Cerita selanjutnya pada entri akan datang.

Ziana Zain bersama suami

Temasya Olahraga SAMMPS 2013

$
0
0
Temasya olahraga SAMMPS yang berakhir pada ahad lepas telah menjulang Firqah Satria sebagai juara buat edisi kali ini. Pelbagai gelagat yang sempat dirakamkan ketika temasya berlangsung, yang pasti ia akan menjadi kenangan sepanjang hayat.

Mengarahkan sesuatu

Penjaga lorong

Sebentar lagi acara akan dimulakan

 Acara 1500 meter

Ziana Zain & suami

Cikgu Nawed

Merenung

Menunggu giliran untuk berlari

Bantuan kecemasan

 Hakim lompat tinggi

Acara merejam lembing

Cikgu Ilham dan pelajar

 Hakim keputusan

Semangat Harimau Malaya

Cikgu Azhani

Acara 800 meter

Memecut ke garisan penamat

Rehat dulu sebelum acara dimulakan

Berbincang

Acara pecut 200 meter

Acara pecut 100 meter

Saling bersaing

B305

Cikgu Sapawi

Acara pecut akhir 100 meter

Acara pecut 100 meter (P)

Ceria

Apa yang dimenungkan?

Acara pecut akhir 100 meter L2

Di sebelah petang, aku tidak dapat datang kerana mengalami simptom batuk dan demam. Kepada yang menang, tahniah diucapkan. Yang kalah bukan bererti gagal selamanya.

Majlis Pelancaran Naza Cerato

$
0
0
Semalam, telah berlangsungnya majlis pelancaran kereta terbaru Naza iaitu Kia  Cerato di Pavillion, Kuala Lumpur. Aku datang sebagai mewakili isteri untuk ke majlis tersebut.

Kia Cerato dilancarkan dalam dua varian iaitu 1.6 dan 2.0. Harga bagi varian 1.6 ialah RM 99,888.00 manakala bagi 2.0 mencecah RM 118,888.00. Kia Cerato ini dikhususkan kepada golongan kelas pertengahan yang berumur 25-40. Ini antara gambar-gambar menarik yang sempat aku rakamkan ketika majlis berlangsung.

Tersenyum

Menanti majlis berlangsung

 Kia Cerato yang diseliputi 

Pengacara majlis

 TV3

Ucapan perasmian oleh Dato Syed Hafiz, CEO Naza Kia

Naza Cerato yang menawan

Orang kuat Naza

CEO Naza

Naza Cerato

Pemenang " What Is Project C Contest "

Ruang enjin

Cerato dari pandangan sisi

Cerato dari bahagian belakang

Perkahwinan Sepupu Part 2

$
0
0
Ini antara gambar perkahwinan sepupu yang bertandang ke rumah pengantin lelaki di Kampung Gong Pauh, Kemaman , Terengganu.

Isteri dan Amar Rizqi

Tersenyum kedua mempelai

 Di atas pelamin


Apa yang di cari tu?

Bersalaman dengan ibu mertua

Bergambar kenangan sebelum makan

Makan Beradab

Gambar di Gold Coast Morib, Banting

$
0
0
Dalam 2 hari lagi, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Cuti sekolah yang memakan masa selama 2 minggu amat melegakan hati sekeluarga kerana kedua-duanya bergelar guru. Banyak tempat yang boleh dilawati, tetapi di sini aku nak kongsikan percutian di Gold Coast Morib beberapa bulan lepas.

Gold Coast Morib adalah salah satu taman tema yang terdapat di Malaysia. Tidak kira bagi yang bujang ataupun berkeluarga, tempat ini memberi satu ketenangan kerana ia terletak di pesisir pantai. Apa-apapun, aku ada mengambil beberapa keping gambar semasa bercuti di Gold Coast Morib.

Mohammad Amar Rizqi

Pandangan dari dalam bilik

 Seronoknya dapat mandi

Menyelusuri air

Nanti dulu dik, kita tak habis lagi

Mari kita menggelongsor

Jadi kepada yang merasakan cutinya panjang, bolehlah berkunjung ke tempat ini. Segala pertanyaan mengenai Gold Coast ada di sediakan. Selamat bercuti & Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan, blogger, cikgu, anak murid dan pembaca yang setia membaca dan menyokong blog ini. 

Tanpa anda siapalah lensa pujangga di mata kalian. Minta maaf sekiranya ada terkasar bahasa semasa anda semua membaca blog picisan ini. Di harapkan semoga anda semua selamat sampai di destinasi. Bagi aku, aku dah lama tak menempuh kesesakan kerana ibu dan keluarga mertua berada dalam satu daerah, hanya naik motor kriss sudah sampai ke destinasi untuk beraya.

Watermark terbaru

$
0
0
Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi, akhirnya termakbul jua hasrat di hati untuk memiliki watermark sendiri. Terima kasih kepada Encik Azman Ishak kerana bertungkus lumus membuat watermark yang cantik. Yang penting sekali, gambar-gambar yang diambil sudah mempunyai hakcipta dan tidak boleh sewenang-wenangnya menciplak tanpa kebenaran. Ambil tanpa kebenaran, tunggulah surat saman ke rumah ye..

Mengikut pereka cipta ini, watermark ini adalah berkisarkan tentang bentuk aperture. Oktagon dipecahkan menjadi segitiga dan ia membentuk ikon aperture. Ini amat bersesuaian sekali dengan blogku yang banyak memaparkan gambar-gambar.

Anak Buah

Raya bersama Adun Sungai Panjang, Encik Budiman Zohdi

Keluarga sebelah isteri

 Bersama tukwan

Hari Kemuncak Koko, Penutupan Bulan Kemerdekaan & Guru Penyayang SAMMPS 2013

$
0
0
Pada 25/9/2013, telah berlangsung Hari Kemuncak Kokurikulum, Penutupan Bulan Kemerdekaan dan Guru Penyayang bagi tahun 2013. Pada hari itu, para guru dan pelajar yang aktif di dalam bidang kokurikulum diberikan penghargaan sepanjang penglibatan pada tahun ini. Ini antara gambar-gambar yang sempat diambil semasa majlis berlangsung.

PK Koko memberi ucapan

Pelajar-pelajar lelaki

Guru-guru lelaki

 Pengetua bersama guru-guru

 Banner

 Ustaz Abdul Ghani

 Pengacara majlis

Ucapan perasmian


 Ustaz Wan Fakharudin


 Pengacara majlis ke2


 Sedapnya kek


 Tahniah


 Apa yang digelakkan itu?


 Cikgu Ilham


 Kamilah Juara


 Betul ke kat sijil ni nama kamu?


 Naib Johan Negeri Futsal 1Murid 1Sukan

 Tokoh Sukan Lelaki


 Tokoh Sukan Perempuan


 Tokoh Amal Islami Lelaki


 Tokoh Amal Islami Perempuan


 Tokoh Unit Beruniform Lelaki


 Tokoh Unit Beruniform Perempuan


 Tokoh Kokurikulum Lelaki


 Tokoh Kokurikulum Perempuan


Happy Birthday

Tahniah kepada semua yang berjaya. Diharapkan Unit Kokurikulum SAMMPS akan lebih cemerlang lagi pada masa hadapan. 

Tarikh Gaji Tahun 2014

$
0
0
Kepada semua penjawat awam di Malaysia, tarikh pembayaran gaji bagi tahun 2014 sudah keluar. Bulan Januari adalah bulan pembayaran bonus setengah bulan seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada Bajet 2014 yang lalu. Jadi kepada semua, rancanglah duit anda sebaik-baiknya. Sekarang adalah zaman berjimat-cermat ekoran banyak barangan yang naik tanpa disedari.

Kredit : ciklaili.com

Destinasi Percutian :Langkawi

$
0
0
Seminggu sebelum bermulanya cuti persekolahan, aku bersama para guru dan pelajar tingkatan 3 SAMMPS melawat pulau bersejarah iaitu Pulau Langkawi. Rasanya tidak puas jika melawat hanya 2hari 1 malam kerana faktor masa dan perjalanan. Perjalanan dari Sabak Bernam- Langkawi memakan masa 6 jam untuk sampai ke jeti Kuala Perlis. Jadi bagi yang memilih pakej lawatan berkumpulan, pastikan ejen atau syarikat tersebut berpengalaman luas dan mempunyai sikap pentingkan masa ketika berurusan. Janganlah dibawa saudara-mara untuk turut serta dalam pakej tersebut, kelak nanti ada yang bermasam-muka.

Dalam feri

Pemandu pelancong

Pemandu pelancong ini begitu mahir dengan sejarah Langkawi. Apabila sampai di sesuatu destinasi, beliau mula bercerita. Mungkin juga beliau adalah penduduk asal Langkawi, secara tidak langsung mendengar cerita dari orang-orang tua dan disampaikan kepada kami.

 Persembahan gamelan

 Makam Mahsuri

Bersiar-siar

Posing dulu

 Termenung

 " Kecut jugak naik cable car ni "

 Menuju puncak gemilang cahaya

Stesen kedua sebelum sampai ke destinasi

 Bergambar di puncak tertinggi Langkawi

  Anak murid

 Helang yang tak boleh terbang

 Keluarga Cikgu Hairi

Setakat itu sahaja untuk pagi ini. Mata pun dah letih....

Destinasi Percutian : Taman Agroteknologi Mardi Cameron Highlands

$
0
0
Minggu lepas, aku berkesempatan ke Cameron Highlands untuk destinasi percutian sekeluarga. Maklumlah, kadang-kala seorang guru ni tidak menentu waktu percutian walaupun berada dalam cuti sekolah. Seperti hari ini, kena bertugas di sekolah walaupun murid tiada.

Destinasi tempat kami kali ini ialah Taman Agroteknologi Mardi Cameron Highlands. Percutian kali ini memang menenangkan jiwa kerana kurangnya pelancong ke Cameron ekoran kejadian tanah runtuh di Ringlet yang mengorbankan 2 nyawa. 

Peace yo

 Isteri& anak-anak

Cantik tak Kak Ton?

Bunga-bunga Matahari

Merah

 Penjaga kaunter pokok

 Bunga segar di waktu tengahari

 Di celah-celah pokok

 Tempat berkumpul jika berlaku kemalangan


 Bergambar sebelum menuju destinasi lain

 Senyum

Kaunter tiket

Lepas ni kami ke tempat lain pula.Tunggulah entri akan datang...
Viewing all 149 articles
Browse latest View live