Quantcast
Channel: LENSAPUJANGGA.COM
Viewing all 149 articles
Browse latest View live

Throwback :Majlis Penutupan Ihya Ramadan SAMDORANI 2014

$
0
0
Sebelum Syawal, telah berlangsungnya Majlis Penutupan Ihya Ramadan di SAM Sungai Haji Dorani. Tidak banyak gambar yang dirakamkan kerana pada masa tersebut, hanya teringatkan hari raya yang bakal menjelang.

 Cikgu Azizan & Cikgu Amzari

 Ustaz Fadli & Cikgu Rafie

 Ustaz Ghazali & Ustaz Baharuddin

 Ustaz Anuar membaca tahlil

 Tahlil Perdana

 Sir Amiruddin

 Menadah tangan memohon keampunan

 
Barisan guru-guru perempuan

 Khatam Al-Quran

 Ustaz Mohd Ngisa

 Bermain permainan

Ucapan Puan Pengetua

Rasanya tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari Lensa Pujangga. Moga kehadiran Syawal akan lebih diberkati....

Candid Guru & Staff SAMDORANI 2014

$
0
0
Semalam iaitu 8 Ogos, SAM Sungai Haji Dorani telah mengadakan sambutan hari raya. Sebelum majlis tersebut, telah diadakan satu sesi fotografi guru dan staff. Ini antara beberapa gambar yang sempat diambil dalam sesi tersebut.

 Ustaz Abdul Halim

 Sesi susunan guru & staff

 Barisan guru & staff SAM Sungai Haji Dorani

 Barisan guru perempuan

 Gaya bebas

Barisan guru lelaki

Nampak segak, bergaya dan cantik semasa sesi fotografi dijalankan. Rasanya, inilah sesi fotografi yang paling senang dijalankan sejak bertukar sekolah. Kebanyakan guru lelaki tiada pada sesi fotografi yang kedua kerana mengiringi AKP yang diraikan, Ismail bin Mat atau lebih dikenali dengan Pak Mail.

Majlis Persaraan, Perpisahan, Jamuan Hari Raya & DWEN 2014

$
0
0
Selepas sesi fotografi, bermulalah majlis persaraan Pak Mail. Ia juga bersempena dengan majlis perpisahan guru yang berpindah, jamuan hari raya dan DWEN ( Dasar Warga Emas Negara ). Sungguh meriah majlis tersebut, maklumlah disusuli dengan jamuan hari raya.

 Menunggu ketibaan

 Kereta pengiring

 Bersalaman

 Berpelukan

Tersenyum

 Mengiringi yang bersara

 Berpegangan tangan

 Pengacara majlis

 Guru-guru lelaki

 Di singahsana

 Ustaz Anuar

 Warga emas yang juga diraikan

 Ucapan Pengetua

 Pelajar-pelajar perempuan

 Pelajar-pelajar lelaki

 Guru-guru perempuan

 Ucapan wakil PPD : Puan Izzah Supeni

 Cikgu Rozi

 Ucapan Pengacara majlis

Gambar kenangan

 Ucapan Pak Mail

 Sijil Penghargaan dari PPD Sabak Bernam

 Hadiah dari PIBG

 Hadiah dari Pengetua

 Hadiah dari Cikgu Rozi

 Bersama warga emas

 AJK PIBG

 Kakitangan sokongan bersama Pak Mail

 Gaya bebas

 Kek hadiah oleh Cikgu Azizan

 Ustaz Ghazali, YB Budiman & Ustaz Fadzlin

 YB Budiman, Ustaz Ngisa, Puan Khodijah & En. Bakri

Menandatangani buku pelawat

Rasanya setakat ini sahaja.Lain masa berjumpa lagi.

Pelancaran Bulan Kemerdekaan SAMDORANI 2014

$
0
0
Semalam, 18 Ogos telah diadakan pelancaran Bulan Kemerdekaan SAM Sungai Haji Dorani. Tema tahun ini iaitu " Di sini Lahirnya Sebuah Cinta " berdasarkan rangkap pertama lagu Warisan nyanyian Allahyarham Sudirman. Program yang berlangsung pada awal pagi bertempat di Dataran Bendera SAM Sungai Haji Dorani.Ini antara gambar yang sempat diambil untuk semasa pelancaran tersebut.

 Guru-guru lelaki

 Guru-guru perempuan

 Bacaan Doa oleh Ustaz Anuar

 Pandangan dari sudut belakang

 Ucapan perasmian oleh Ustaz Mohd Ngisa

 Barisan pertama guru-guru lelaki

 Barisan kedua guru-guru perempuan

 Pelajar-pelajar perempuan

 Barisan pertama guru perempuan

 Di belakang tabir

Pengumuman acara sempena bulan kemerdekaan

 Penyerahan bendera oleh Ketua Pengawas

 Pengacara majlis

 Watikah Guru Muda 

 Guru Muda 2

 Guru Muda 3

 Guru Muda 4

 Guru Muda 5

 Bersemangat 

Pelajar-pelajar lelaki

Sekian sahaja untuk kali ini. InshaAllah, di lain masa berjumpa lagi.

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan SAMDORANI 2014

$
0
0
Tanggal 12 September, telah berlangsungnya Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan SAM Sungai Haji Dorani, bertempat di Dataran Bumbung Biru. Pelbagai acara yang diadakan seperti Kuiz Kemerdekaan, Deklamasi Sajak Kemerdekaan, Ceramah dan lain-lain lagi.

 Pembukaan Majlis

 Pengacara Majlis

 Ucapan Perasmian

 Barisan Guru Lelaki

 Hadiah Kelas Patriotik

 Pandangan dari sebelah tepi

Guru Perempuan

 Para pelajar tekun mendengar

 Sabar menanti

 Dua sahabat

 Pengarah Program, Cikgu Zainal

 Cikgu Azizan & Cikgu Zaki

 Pandangan dari atas

 Zooming

 Kibaran Bendera

 Bergambar dulu

 Bersemangat 

 Rakaman program

 Wakil pelajar lelaki mendeklamasi sajak

 Wajah yang bersahaja

 Bendera di atas songkok

 Jawapannya ..........

 Ceramah Kemerdekaan oleh Ustaz Abdul Halim

 Tempat Ke3 : Kelas 2 Ma'wa

Tempat Pertama : Kelas 2 Firdaus

Kemerdekaan yang dikecapi hari ini seharusnya dikekalkan. Untuk melahirkan masyarakat yang luar biasa, haruslah berfikir ke hadapan, bukannya bersandar kepada masa silam. Semoga kemerdekaan ini menjadi inspirasi " Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta ".

Dari Homestay ke Kalumpang

$
0
0
Khamis, 18 September, aku bersama geng homestay mengadakan lawatan ke Kalumpang, Hulu Selangor. Lawatan ini adalah jemputan dari bapa mertua yang mengendalikan homestay ini. Seperti yang kita tahu, daerah Hulu Selangor adalah tempat yang paling sesuai bagi yang meminati istirehat santai bersama keluarga. Tempat yang dituju adalah The Nahara, Kalumpang. Tempat ini bersebelahan dengan Kalumpang Resort & Training Centre.

 Pintu masuk

 Lampu pelita

 Papan tanda

 Peta masuk dari sebuah kertas

 NAHARA huruf besar

 Papan arah

 Pokok durian

 Bunga yang berkembang

 Air terjun kecil

Chalet yang disediakan

Setelah meletakkan kereta, anak-anak sudah tidak sabar untuk berendam. Hampir sejam juga mereka berendam sambil menikmati panorama yang cantik.

 Kesejukan

 Deruman air di sebalik batu

 Lampu

 Makan sate dulu

 Antara orang kuat homestay

 Penat setelah mandi-manda

 Slow shutter

Bersama keluarga

Pemandangan dari atas jambatan

Tamat sudah percutian kali ini. Walaupun sehari, tetapi amat berpatutan aktiviti dan harga yang ditetapkan di sini. Jika rasa ingin bercuti dan  bertanya tentang pakej, bolehlah klik di sini.

Apabila Bas Pintar ke Sekolah

$
0
0
Alhamdulillah, SAM Sungai Haji Dorani dikunjungi oleh Bas Pintar. Mungkin ramai yang menyangka bahawa Bas Pintar ini adalah sebahagian daripada rancangan TV yang dikelolakan oleh Alif Satar, tetapi ianya meleset. Ini kerana SAM Sungai Haji Dorani telah dijadikan anak angkat oleh pihak Tabung Haji. Salah satu program yang diadakan hari ini adalah memperkenalkan Bas Pintar ataupun dikenali sebagai Bas Interaktif. Aku antara pengunjung yang terakhir kerana kebanjiran pelajar yang masuk sejak dari pagi lagi. Apa yang ada dalam bas tersebut? Mari kita saksikan...

 Wajah depan Bas Pintar

Posing dulu

 Keadaan simulator dari arah belakang

 Sempat senyum sebelum membawa kapal terbang

 Kedudukan arah 

 Wajah pejuang dalam bidang sukan

 Sudut Fotografi

 Mencuba juga walaupun hanya simulator

 Main golf dulu


Antara sekolah yang pernah dilawati

Walaupun singkat, banyak manfaatnya jika kita dapat menggunakan teknologi dengan cara yang betul. Pengetahuan dalam bidang ini penting dalam kehidupan masa depan yang serba mencabar. Oleh itu, pengetahuan yang ada mesti seiring dengan ukhrawi dan duniawi.

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2014

$
0
0

Di dalam entri ini saya kongsikan Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2014 sebagai rujukan pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM bermula pada 3 November hingga 4 Disember 2014.

 

  Click link di bawah untuk download
Jadual Waktu SPM 2014 

Untuk makluman, Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2014 pada 27 November 2014 telah dipinda kepada 4 Disember 2014 berikutan tarikh 27 November telah ditetapkan sebagai cuti umum negeri Perak sempena Hari Ulang Tahun DYMM Paduka Seri Sultan Perak. Sila baca Surat Siaran Pindaan Jadual Waktu SPM 2014 dan Jadual Waktu bagi mata pelajaran yang berkaitan.
 

Pembentangan Bajet 2015

$
0
0

Bajet 2015 bakal dibentangkan secara langsung oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 10 Oktober 2013 (Jumaat) bermula jam 4.00 petang. Anda bolehmengikuti pembentangan Bajet 2015 di kaca televisyen seperti RTM, TV3, ASTRO, TV Al Hijrah dan BERNAMA. Anda juga boleh mengikutinya secara webcasting melalui Portal Perbendaharaan Malaysia - http://www.treasury.gov.my.


Teks Ucapan Bajet 2015 dan Laporan Ekonomi 2014/2015 boleh dimuat turun di Portal Perbendaharaan Malaysia sejurus selepas YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak habis membentangkan Bajet 2015. Selain itu, ia juga boleh dimuat turun melalui laman web agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan Malaysia :

Qurban & Praktikal Sembelihan SAMDORANI 2014

$
0
0
Pada 8 Oktober yang lalu, SAM Sungai Haji Dorani telah mengadakan Qurban dan Praktikal Sembelihan. Program pertama iaitu qurban, praktikal sembelihan oleh para pelajar dan disusuli dengan jamuan.

 Ustaz Abdul Rahman mengadakan taklimat

 Mendengar dengan penuh teliti

 Tersenyum

 Memotong daging

 Memberi makan sebelum dikorbankan

 Sembelih qurban oleh Cikgu Nazri

 Memerhatikan dari jauh

 Pelajar perempuan

 Juri acara syarahan qurban

 Ustazah Kartini

 Menolong guru memotong daging

 Mengasingkan daging dari tulang

 Praktikal sembelihan

 Memberi arahan menyembelih dengan betul

 Memerhatikan cara menyembelih

 Bergotong royong

 Ustaz Abdul Rahman

 AJK PIBG yang terlibat

 Ustaz Abdul Rahman, Ustaz Azizan & Ustaz Ngisa

 Ustaz Najmuddin

 Ustaz Azizan

Cikgu Rozi

Program berakhir pada pukul 1.30 tengahari selepas solat zuhur dengan jamuan para guru dan pelajar.

Solat Hajat, Bacaan Yasin & Ceramah Motivasi SAMDORANI 2014

$
0
0
Pada 9 Oktober bersamaan Khamis, SAM Sungai Haji Dorani telah mengadakan Solat Hajat & Bacaan Yasin bagi para pelajar yang akan menduduki PT3, SMA ( Sijil Menengah Agama ) dan SPM ( Sijil Pelajaran Malaysia ). Solat Hajat & Bacaan Yasin telah diketuai oleh Ustaz Razali Shaari, Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sungai Panjang. Selepas bacaan yasin, sesi ceramah motivasi oleh Ustaz Razali. Ianya banyak menyentuh pelbagai cabaran sebagai seorang pelajar sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi.

 Bahagian Pendaftaran

 Memohon doa

 Ustaz Ngisa, Ustaz Razali & En Bakri

=
 Ibu pelajar

 Guru-guru lelaki

 Bapa & anak

 YDP PIBG memberikan ucapan

 Ustaz Anuar

 Antara ibu, penjaga dan pelajar yang hadir

 Para pelajar & bapa

 Suasana di luar surau

 Cikgu Zainal

 Ucapan alu-aluan oleh Ustaz Mohd Ngisa

Tekun mendengar ceramah

 
Guru-guru perempuan

Tamat majlis, para pelajar, ibu bapa & guru diberikan jamuan di kantin. Majlis berakhir kira-kira pukul 10.00 malam.

 

Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun Hijrah 1436H

$
0
0
Doa Akhir Tahun 

 Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah iaitu pada 24 Oktober 2014 (Jumaat).



Doa Awal Tahun 
Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram iaitu pada hari yang sama. 


Kalender Persekolahan Tahun 2015

$
0
0
Kalender Persekolahan Tahun 2015 ini terbahagi kepada 2 kumpulan : 

1. Kumpulan A untuk sekolah-sekolah di negeri KedahJohor, Kelantan dan Terengganu  

2. Kumpulan B untuk sekolah-sekolah di negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, WP Kuala Lumpur, WP Labuan dan WP Putrajaya.




Berhati-hati Dengan Panggilan Telefon Insurans

$
0
0
Hari ini rasa membuak-buak kerana panggilan telefon ke satu syarikat insurans. Setahun lalu, dengan berbekalkan mulut manis dari operator, aku terpadaya dengan harga yang ditawarkan. Bayangkan, dengan pelan RM48, kita boleh percaya bahawa syarikat ini adalah yang terbaik dalam pengendalian insurans.

Seminggu lepas, aku memperolehi surat pembatalan insurans daripada syarikat tersebut. Syarikat itu juga menelefon untuk mengesahkan dan aku bertanya mengenai pemulangan wang tersebut. Dia berkata akan dipulangkan. Aku menunggu dari surat pembatalan tersebut sampai ke hari ini.

Hari ini, aku menelefon ke 1-300-**-%)%%. Jawapan yang diberikan oleh operator sangat menjengkelkan. Takkan satu sen yang diberi, aku tidak dapat apa-apa. Mungkin inilah dugaanNya kepada semua hamba-Nya supaya bersyukur dengan rahmat-Nya. Jadi kepada semua pengguna, kadangkala hak kita sebagai pengguna dipermainkan oleh syarikat insurans demi untuk memenuhi kehendak hawa nafsu. Aku tidak mahu menunding jari kepada sesiapa, tetapi jika ada penindasan dari syarikat tersebut, cuma doa yang aku pohonkan. Moga syarikat tersebut akan muflis dan tidak akan berjaya menipu pelanggan lagi. Mereka suka menaikkan kadar BLR dan kita sebagai pengguna tersepit dengan keadaan tersebut. Kerajaan mewar-warkan pengukuhan ekonomi yang kukuh tetapi harga minyak tetap naik.

Jadi nasihat aku kepada semua, berhati-hati dengan panggilan telefon daripada syarikat insurans. Aku syorkan supaya mengambil polisi insurans dari orang yang kita kenal supaya cepat dari segi urusan. Kita tidak perlu percaya dengan syarikat insurans yang suka telefon kerana risiko untuk ditupu amatlah besar.





Destinasi Percutian : Kidzania Kuala Lumpur

$
0
0
Semalam selepas habis aktiviti pagi di sekolah, isteri mengajak ke Kidzania. Sudah banyak entri mengenai Kidzania yang dibaca, cuma ingin merasai sendiri suasana di sana. Jika diikutkan, ini adalah perancangan " tidak sengaja " bagi memenuhi masa lapang di hari sabtu.

Bagi yang mempunyai keluarga, kena mengeluarkan perbelanjaan yang agak besar. Dua orang dewasa, seorang kanak-kanak dan anak kecil = RM 165.00.Tiket bagi seorang kanak-kanak berharga RM 60. Pada ketika itu, begitu banyak bas rombongan sekolah datang ke sana menyebabkan kami terpaksa masuk dalam pukul 12.30 tengahari.

 Peace dulu sebelum masuk

 Jalan ke Kidzania

 Welcome To Kidzania International Airport

 Papan Penunjuk Arah

Semua tak nak pandang kamera

 Waktu-waktu antarabangsa

 Kaunter Walk In

 Membelek tiket dahulu

 Tiket " Flight " Kidzania

 Bermain permainan dulu

 Permainan untuk umur bawah 4 tahun

Bagi yang membeli tiket secara berkumpulan, mereka berbaris di Level 2. Selalunya yang berkumpulan adalah rombongan dari sekolah. Manakala perseorangan ataupun berkeluarga, mereka boleh berbaris di Level 1. Ada kaunter online dan juga walk in disediakan.

 Apa kaitan Ironman dengan Kidzania ?

 Syarikat yang terlibat di dalam Kidzania

 Menaiki eskalator ke Level 5

 Scan dulu sebelum masuk

 Kidzania CAMP yang akan dijalankan pada 30 November

 Teater

 Beratur dulu untuk mengambil duit

 Menerima duit dari kaunter

 Saya dapat duit

 Akademi Lakonan

 Studio Lukisan

Menjadi pelajar

Di dalam Kidzania, ada 90 pekerjaan yang boleh dicuba. Kebanyakan kanak-kanak ini menyukai bomba, CSI, wartawan, pembaca berita, penyampai radio, juruterbang dan juga jurukamera. Pendek kata, semua pekerjaan ada cabarannya yang tersendiri.

 Ahli bomba

 Menjadi Posmen

 Pemandu ambulans

 Menanti giliran

 Posmen perempuan

 Menghantar barang ke destinasi

 Selesai tugas, dapatlah upah

 Plaza Kemerdekaan

 Sekolah Mewarna

 Wartawan mencari berita

 Beratur untuk menaiki kenderaan

 Memadam kebakaran

 PLUS Expressways

 Penari- penari 

 Boleh cuba untuk menjadi jurutera

 Tempat untuk kanak-kanak bawah 4 tahun

 Memerhati anak 

 Untuk kanak-kanak tadika

 Penunjuk arah di bahagian atas

 Seperti rekaan Eropah

 Hospital

 Bilik permainan Video

 Studio TV3

 Pembaca Berita

 Jurukamera

Balai Bomba

Destinasi ini menjadi penuh ketika musim cuti sekolah. Hari Sabtu, cuti sekolah dan cuti umum ia dibuka pada 2 sesi, 10.00 pagi - 3.00 petang & 4.00 petang - 9.00 malam. Hari Ahad sehingga Jumaat ia dibuka dari 10.00 pagi- 5.00 petang. 


Tarikh Bayaran Gaji Tahun 2015

$
0
0


BULAN
TARIKH GAJI
CATATAN
JANUARI
22.1.2015
KHAMIS

FEBRUARI
12.2.2015
KHAMIS
TAHUN BARU CINA
19 & 20 FEBRUARI 2015
MAC
23.3.2015
ISNIN

APRIL
23.4.2015
KHAMIS

MEI
25.5.2015
ISNIN
PESTA MENUAI
30 & 31 MEI 2015
JUN
25.6.2015
KHAMIS
HARI GAWAI
1 & 2 JUN 2015
JULAI
9.7.2015
KHAMIS
HARI RAYA AIDIL FITRI
17 & 18 JULAI 2015
OGOS
24.8.2015
ISNIN

SEPTEMBER
17.9.2015
KHAMIS
HARI RAYA HAJI
23 SEPTEMBER 2015
OKTOBER
22.10.2015
KHAMIS

NOVEMBER
23.11.2015
ISNIN
HARI DEEPAVALI
11 NOVEMBER 2015
DISEMBER
17.12.2015
KHAMIS
HARI KRISMAS
25 DISEMBER 2015


Destinasi Percutian : The Kabin, Jeram

$
0
0
Percutian akhir tahun kali ini pergi ke kawasan dekat sahaja. Ini kerana ramalan kaji cuaca meramalkan berlaku banjir besar di beberapa kawasan di semenanjung. Menariknya, tempat ini baru dibuka sebulan yang lepas.

The Kabin yang terletak di Pantai Remis, Jeram adalah satu destinasi terbaru percutian yang terdapat di Kuala Selangor. Mengambil berpuluh-puluh kontena untuk dijadikan satu tempat penginapan bukanlah satu perkara yang mudah. Aku sempat berborak dengan pekerja di sini, The Kabin mengambil masa 5-6 bulan untuk dibina sebelum dilancarkan pembukaannya bulan lepas. Menariknya, pengusaha yang membuka kawasan ini adalah seorang bumiputra. Beliau selalu berulang-alik dari luar negara ke sini untuk melihat projeknya berjaya dan yang paling penting, memberi peluang pekerjaan kepada anak jati Pantai Remis.

 Suasana di waktu malam

 Makan dulu sebelum berehat

 Suasana dalam kabin melalui tingkap

 Tempat santai

Suasana di kolam renang

 Tersenyum

 Gembira rasa di hati

 Bermain 2 beradik

 Bermain keretapi di dalam air

Tempat Barbeque

 Suasana dari tingkat atas

 Kabin yang berada di depan kolam renang

 Antara kabin yang ditawarkan

 Penunjuk arah

i-
 Tandas yang berada berhampiran kolam renang

 Waktu untuk bermandi- manda = 7 pagi - 7 malam

Basikal untuk disewa : RM 10 untuk 1 Jam

 Cafetaria 

 Di hadapan The Kabin

 Parking motor

 Kunci

 Nama bilik

Selfie dulu sebelum balik

Jika anda ingin menginap di sini, bolehlah melayari website ini. Paling senang jika nak datang, bolehlah google maps dan cari The Kabin. Tempatnya pun hanya 2 kilometer dengan Restoran Ikan Bakar Jeram. Rasanya setakat ini sahaja untuk percutian kali ini.

Throwback : Pendaftaran Tingkatan 1 SAMDOR 2015

$
0
0
Majlis pendaftaran tingkatan 1 di SAM Sungai Haji Dorani telah berlangsung pada 2/1/2015. Pada tahun ini juga, telah diperkenalkan Kurikulum Dini yang merangkumi Syariah, Usuluddin dan Bahasa Arab menggantikan Kurikulum Azhari. Kurikulum ini akan bermula dari tingkatan 1 manakala tingkatan yang lain masih menggunakan Kurikulum Azhari.

 Bacaan Doa oleh Ustaz Nazrol

 Pelajar Tingkatan 1 perempuan

 Para bapa yang hadir

Ucapan dari Pengetua SAM Sungai Haji Dorani

 Bahagian Pendaftaran Ibu Bapa

 Ucapan PK Pentadbiran - Tuan Haji Zailan

 Barisan pentadbir SAM Sungai Haji Dorani

 Pengerusi Majlis

 Ucapan PK Hem - Puan Nashimah

Ucapan PK Kokurikulum

 Setiusaha PIBG menerangkan tentang Sarana Ibu Bapa

 Setiausaha Peperiksaan menerangkan peperiksaan yang dijalankan di SAM Sungai Haji Dorani

 Antara slide show yang dipaparkan

 Bacaan ikrar bapa pelajar

 Bacaan penyerahan pelajar oleh pihak SAM Sungai Haji Dorani

 Ikrar pelajar baru Tingkatan 1

 Membaca ikrar

 Melihat senarai pelajar

Majlis berakhir pada pukul 12.00 tengahari. Diharapkan dengan penerimaan pelajar-pelajar ini, dapat meningkatkan lagi kualiti pembelajaran di SAM Sungai Haji Dorani.

Potret Merentas Desa SAMDORANI 2015

$
0
0
Semalam, 19 Januari telah berlangsung merentas desa peringkat SAM Sungai Haji Dorani. Acara tersebut berlangsung pada pukul 8.30 pagi merentasi kawasan kampung Sungai Haji Dorani. Bagi para pelajar, ini adalah masanya untuk membuktikan keupayaan diri berlari dan seterusnya dapat mewakili SAM Sungai Haji Dorani di dalam merentas desa peringkat daerah.

 S/U Sukan memberi penerangan

 Pelajar lelaki

 Pelajar perempuan

 Guru-guru lelaki

 Ustaz Fadli

 Cikgu Hisyam

 Di harapkan semua pelajar bersiap sedia

 Cikgu Rozi

 Bersatu-padu

 Berkumpul

 Sempat lagi memandang kamera

 Kelucuan yang melanda

 Acara lelaki L2 dilepaskan

 Tersenyum

 Penunjuk arah

 Bersiap sedia untuk dilepaskan

 Perempuan P1 dilepaskan

 Menunggu giliran

 Perempuan P2 dilepaskan

 Nak air?

 Ustaz Abdul Halim & Cikgu Azizan

 Akhirnya sampai...

 Setelah penat berlari

 PK Kokurikulum memberi ucapan

 Cikgu Mukminah & Ustazah Khairiah

 S/U Kokurikulum memberikan ucapan

 Pemenang cabutan bertuah

 Pemenang cabutan bertuah guru

 Tengok kamera tu!!

 Juara P1 Lelaki

Juara Merentas Desa SAM Sungai Haji Dorani : Amru Al-As ( Merah)

Sir Amiruddin bersama firqah Amru Al-As

Tamatlah sudah acara merentas desa SAM Sungai Haji Dorani. Diharapkan agar para pemenang dapat mempersiapkan diri untuk kejohanan merentas desa Sabak Bernam yang akan berlangsung di SMK Bagan Terap.

Rangkuman Kejohanan Badminton MSSD Sabak Bernam 2015

$
0
0
Pada 21 & 22 Januari, telah berlangsungnya Kejohanan Badminton MSSD Sabak Bernam 2015 yang diadakan di dewan SMK Ungku Aziz & Yayasan Selangor. Tahun ini, SAM Sungai Haji Dorani telah menjadi tuan rumah dan penempatan venue telah ditetapkan oleh PPD Sabak Bernam. Hari pertama ialah acara perseorangan manakala hari kedua memaparkan acara beregu.
Di bawah ini adalah rangkuman untuk hari pertama kejohanan yang melibatkan peseorangan lelaki dan perempuan.

 Wakil di bahagian pendaftaran


 Guru mendaftarkan para pemain

 Bulu tangkis

 Pengacara kejohanan

 Mengambil pukulan

 Pengerusi Teknik bersama para guru

 Banner 

Melakukan servis ke pihak lawan

Cikgu Nizam, masih bujang

Hari kedua pula telah berlangsungnya acara beregu menengah lelaki dan perempuan. Mereka menunjukkan persembahan terbaik untuk menang dan dapat mewakili daerah Sabak Bernam ke MSS Selangor yang dijadualkan berlangsung pada 6 -9 Februari di Petaling Perdana.

 Urusetia Kejohanan

 Guru perempuan

 Melihat perlawanan

 Para penonton yang memberi sokongan

 Melihat ke atas

 SMJK Yoke Kuan vs SAM Muhammadiah

 Bersiap sedia mengambil servis

 Urusetia yang bertugas

 Membuat servis

 Pengadil Final Beregu Perempuan

Penjaga garisan

Selesai perlawanan akhir beregu perempuan, urusetia bergegas ke SMK Ungku Aziz untuk acara penutup Kejohanan MSSD Badminton.

 Pengacara majlis

 Para pelajar menunggu keputusan


 Ucapan Pengetua SAM Sungai Haji Dorani

 Guru lelaki

 Naib Johan Perseorangan Lelaki bawah 18 tahun

Johan Perseorangan Lelaki bawah 18 tahun

 Tempat Ketiga Perseorangan Lelaki Bawah 15 tahun

 Tempat Ketiga Perseorangan Lelaki Bawah 15 tahun

Naib Johan Perseorangan Lelaki Bawah 15 tahun

Johan Perseorangan Lelaki Bawah 15 tahun

 Tempat Ketiga Perseorangan Perempuan Bawah 18 tahun

 Tempat Ketiga Perseorangan Perempuan Bawah 18 tahun

 Naib Johan Perseorangan Perempuan Bawah 18 tahun

 Johan Perseorangan Perempuan Bawah 15 tahun

 Tempat Ketiga Perseorangan Perempuan Bawah 15 tahun

 Tempat Ketiga Perseorangan Perempuan Bawah 15 tahun

 Naib Johan Perseorangan Perempuan Bawah 15 tahun

 Johan Perseorangan Perempuan Bawah 15 tahun

 Tempat Ketiga Beregu Lelaki Bawah 18 tahun

 Tempat Ketiga Beregu Lelaki Bawah 18 tahun

 Naib Johan Beregu Lelaki Bawah 18 tahun

Johan Beregu Lelaki Bawah 18 tahun

 Tempat Ketiga Beregu Lelaki Bawah 15 tahun

 Tempat Ketiga Beregu Lelaki Bawah 15 tahun

 Naib Johan Beregu Lelaki Bawah 15 tahun

Johan Beregu Lelaki Bawah 15 tahun

 Tempat Ketiga Beregu Perempuan Bawah 18 tahun

 Tempat Ketiga Beregu Perempuan Bawah 18 tahun

 Naib Johan Beregu Perempuan Bawah 18 tahun

 Johan Beregu Perempuan Bawah 18 tahun

 Tempat Ketiga Beregu Perempuan Bawah 15 tahun

 Tempat Ketiga Beregu Perempuan Bawah 15 tahun

 Naib Johan Beregu Perempuan Bawah 15 tahun

 Johan Beregu Beregu Perempuan Bawah 15 tahun

 Johan Keseluruhan MSSD Badminton : SMK Ungku Aziz

Para Pemenang Bergambar Bersama Ahli Parlimen Sabak Bernam

Tahniah diucapkan kepada yang berjaya. Kejayaan yang diraih dapat direalisasikan untuk pembangunan sukan di daerah Sabak Bernam dan Selangor amnya.






Viewing all 149 articles
Browse latest View live