Entri yang lepas memaparkan lawatan ke Muzium DiRaja. Entri kali ini berkisar pula pada bas KL Hop-On Hop-Off. Bas ini disediakan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia ataupun MATIC, jadi tidak hairanlah jika perhentian pertama adalah di MATIC, Jalan Ampang bersebelahan Saloma Bistro.
Tiket yang harus dibeli ialah rm19 untuk dewasa manakala rm12 untuk kanak-kanak, itu jika dibeli di kaunter ataupun konduktor bas. Mungkin anda tidak mahu berasak-asak, mereka juga menyediakan perkhidmatan online.
Perhentian pertama ( sebelah MATIC)
Senarai destinasi
Wajah kegembiraan
Destinasi terkenal = Kuala Lumpur Upside Down
Pelancong Asing
Bagi yang ingin menikmati kawasan tempat duduk luar, anda disyorkan menaiki bas lebih kurang pukul 5 petang. Ini kerana panas terik matahari tidak terasa sangat pada waktu itu.
Monorel Bukit Bintang
China Town
Perhentian ke 9 : Central Market
Di antara 3 bangunan
Terminal KL Sentral
Peringatan jika tidak memiliki tiket
Nak senyum ke?
Setelah puas di luar, kita duduk dalam aircond pula
Sampai juga destinasi yang pertama
Selesai perjalanan kami untuk hari tersebut. Buat makluman semua, jika anda naik pada waktu petang, anda boleh lagi menaiki bas tersebut pada keesokan hari kerana ia laku selama 24 jam. Perkhidmatan bas ini adalah untuk mengurangkan stress apabila berada di Kuala Lumpur, jadi jangan lepaskan peluang untuk menikmati keindahan Kuala Lumpur.
KLCC waktu malam