Percutian akhir tahun ini hanya berkisar ke ibukota negara, Kuala Lumpur. Sebenarnya banyak tempat untuk dilawati di Kuala Lumpur, cuma kali ini melawat ke tempat yang orang ramai kunjungi. Royal Museum ataupun dikenali sebagai Muzium Diraja banyak memaparkan sejarah Yang di-Pertuan Agong yang pertama sehinggalah sekarang. 12 Disember ini adalah tarikh keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Agong , Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah ke negeri Kedah.
Papan Tanda
Pintu masuk
Harga Tiket
Etika Melawat
Laluan
Tiket
Berjalan masuk
Signboard
Kubah
Possing dulu sebelum masuk
Buat pengetahuan semua, semua alatan gambar atau seumpamanya tidak dibenarkan setelah memasuki muzium ini. Ini untuk menjaga kerahsiaan semua Yang di-Pertuan Agong yang berkhidmat dari zaman merdeka sampailah ke hari ini. Pelbagai potret semua Yang di-Pertuan Agong semasa berkhidmat, dipamerkan di muzium ini. Di dalam istana juga, terdapat bilik-bilik yang dikhaskan untuk Yang di-Pertuan Agong untuk tontonan rakyat jelata.
Bergambar dulu sebelum balik